Profil

Maklumat Sekolah

SMKA FALAHIAH ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Adam Bin Wan Abdullah dengan nama asalnya `Al Madrasah Al-Falahiah’ mengambil sempena nama sekolah tempat beliau belajar semasa di Mekkah Al-Mukarramah.

Pada 1 Januari 1943 hingga Mac 1946, Sekolah ini dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Majlis Agama Islam Kelantan seperti  beberapa sekolah lain.  Apabila sekolah ini diambilalih oleh Majlis Agama Islam, sekolah ini terus berkembang dari semasa ke semasa dengan berdirinya bangunan baru  di atas tapak seluas lebih dua ekar yang diwakafkan atas nama Tuan Haji Wan Adam.

Seterusnya, pada tahun 1977 SMKA Falahiah telah dijadikan pula sebagai salah sebuah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembangunan infrastruktur berkembang pesat setelah mendapat bantuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

SMKA Falahaih terus bertapak kukuh mengukir kecemerlangan dalam membangunkan insan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Sehingga kini SMKA Falahiah mempunyai seramai 948  orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6. Tenaga pengajar di sekolah ini pula adalah seramai 86 dan disokong oleh 28 orang  kakitangan sekolah.

Pada tanggal 26hb Jun 2014  SMKA Falahiah telah diikitiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh pihak KPM.

Senarai Maklumat Sekolah

Profil Sekolah

Berikut adalah maklumat sekolah:

 

VIEW MORE DETAIL

Staff Akademik

Berikut adalah senarai staff akademik SMKA Falahiah

39wan Azilah …

VIEW MORE DETAIL

Staff Bukan Akademik

Berikut adalah senarai staff bukan akademik …

VIEW MORE DETAIL

Senarai Pengetua

Pengetua-Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama …

VIEW MORE DETAIL