Sejarah Sekolah

 

TAHUN 1939 SEKOLAH INI DIASASKAN OLEH:

 TUAN GURU HAJI WAN ADAM

DAN

TAHUN 1977 SEKOLAH INI DIAMBILALIH OLEH:

 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

1940

Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Adam Bin Wan Abdullah dengan nama asalnya `Al-Madrasah Al-Falahiah’ mengambil sempena nama sekolah tempat beliau belajar semasa di   Mekkah Al-Mukarramah.Bentuk bangunan adalah dua tingkat. Tingkat atas dijadikan `Balaisah’ iaitu tempat sembahyang manakala tingkat bawah pula dijadikan   tempat  belajar.

01 / 01/ 1943

HINGGA

MAC 1946

Sekolah ini dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Majlis Agama Islam Kelantan seperti  beberapa sekolah lain.  Apabila sekolah ini diambilalih oleh Majlis Agama Islam, sekolah ini terus berkembang dari semasa ke semasa dengan berdirinya bangunan baru  di atas tapak seluas lebih dua ekar yang diwakafkan atas nama Tuan Haji Wan Adam.

1977

   Sekolah ini telah dijadikan salah sebuah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembangunan berkembang pesat setelah mendapat bantuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Perubahan yang drastik telah berlaku hasil daripada perkembangan semasa di sekolah ini. Antara kemajuan yang telah dibawa adalah dari segi infrastruktur. Kini terdapat 12 buah bangunan ditapak sekolah ini iaitu 4 buah bangunan akademik yang mengandungi 30 bilik darjah, 6 bilik makmal dan 3 pusat sumber selain 2 buah bengkel, 3 buah bangunan asrama, 2 buah dewan makan dan sebuah masjid.Daripada segi kemudahan permainan turut disediakan   sebuah padang bola, 2 gelanggang bola tampar, 5 gelanggang badminton dan 4 gelanggang sepak takraw. Selain infrastuktur untuk pembangunan akademik dan sukan, disediakan juga bangsal  kereta guru dan bangsal motosikal serta basikal murid. Kantin sekolah turut disediakan di belakang sekolah untuk kemudahan membeli makanan dan minuman.
1990-an

   Setelah diambilalih oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia, penyusunan semula sistem   persekolahan berlaku yang berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian  Pendidikan Malaysia.Bagi menengah rendah, mata Pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar di sekolah ini ialah   Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi,   Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu.Manakala bagi menengah atas, sekolah menawarkan aliran sebagai pilihan iaitu Aliran Sains   Agama dan Sastera Ikhtisas.  Mata Pelajaran bagi Aliran Sains Agama iaitu Bahasa Melayu,   Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan,   Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Quran dan Sunnah, Kimia, Biologi dan Fizik.

Aliran Sastera Ikhtisas pula menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,   Bahasa Arab Tinggi, Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Pendidikan Syariah   Islamiah, Pendidikan Quran dan Sunnah, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.

 

Jadual pembelajaran telah mengalami perubahan ekoran daripada pengambilan pelajar  tingkatan 4, 5 dan 6. Waktu persekolahan bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada 2.00 petang bagi pelajar menengah rendah kecuali pada pukul 2.40 petang pada hari Isnin. Bagi  pelajar menengah atas pula, waktu tamat pembelajaran ialah pada pukul 2.40 petang setiap hari.

 

1997

   Pengambilan pelajar perempuan pertama untuk memasuki Tingkatan 6 rendah selepas 20   tahun tidak menerima pelajar perempuan.  Bagi menengah tinggi, mata Pelajaran yang wajib   diambil oleh pelajar di sekolah ini ialah Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, dan   Sejarah.

2002

   Kelas 4 ICT yang baru diperkenalkan pada tahun 2003.

2003

   Dewan Haji Wan Adam.  Mula dibina pada tahun 2001 dan siap pada awal tahun 2003.  Penggunaan dewan ini buat kali pertama adalah pada 9 Februari 2003.  Dewan ini mempunyai  sistem audio yang lengkap dan sesuai digunakan untuk majlis dan pertandingan seperti   Tadarus Al-Quran dan Nasyid.  Selain itu, di dalam dewan ini juga terdapat beberapa  gelanggang badminton.

2008

   Kini sekolah ini mempunyai seramai 808  orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6. Tenaga pengajar di sekolah ini pula adalah seramai 78 dan disokong oleh 28 orang  kakitangan sekolah.

2010

   Pembinaan beberapa bangunan baru giat dijalankan.

2011

  Kemasukan pelajar perempuan tingkatan 1